Wednesday, July 8, 2015

Bagaimana Buku ini membantu anda memahami Al Quran secara mudah


Buku ini ditulis apabila penulis mahu memahami konten surah-surah al quran dengan lebih mudah. Bermula dengan surah Al Baqarah iaitu surah yang terpanjang dalam Al Quran. Surah ini mengandungi kisah-kisah pengajaran dan panduan syariat yang boleh dijadikan panduan dan rujukan masa kini. Buku ini bukanlah sebuah kitab tafsir. Ia hanyalah sebuah ulasan dan siri perkongsian tentang surah-surah Al-Quran dengan menggunakan pendekatan yang berbeza daripada kitab-kitab tafsir yang muktabar. Elemen motivasi turut diselitkan sebagai pencetus semangat kepada kita semua sebagai pembaca.

Maklumat yang terkandung dalam buku ini dipersembahkan secara santai. Ia amat sesuai untuk mereka yang baru mahu memahami Al-Quran dan kandungannya.Walaupun santai dan ringan, buku ini masih lagi menjadikan kitab tafsir sebagai latar belakangnya supaya setiap ulasan dan perkongsian yang disampaikan tidak lari daripada metode yang dibenarkan oleh syariat. Bagi orang awam, kitab tafsir adalah bahan bacaan yang berat untuk mereka fahami.

Dengan cara penyampaian yang ringan dan santai ini, diharapkan buku ini dapat manjadi daya penarik kepada pembaca untuk membacanya lebih- lebih lagi kepada golongan belia muda dan mereka yang baru mahu mengenali Islam dan Al-Quran. Harapan kami, semoga penghasilan buku ini menjadi salah satu usaha dakwah daripada kami. Semoga ia bermanfaat untuk diri kami khususnya dan diri semua pembaca amnya.
Apa yang terkandung dalam buku ini adalah terbahagia kepada 7 bab iaitu 7 keajaiban yang dikupas dari Surah Al Baqarah. Antaranya keajaiban rahsia al baqarah, keindahan surah al baqarah, kisah-kisah nabi, panduan dan hukum yang diturunkan kepada manusia serta khabar gembira dari surah ini.

Menghabiskan buku ini seolah-olah pembaca akan dapat memahami kesemua jalan cerita yang telah disampaikan oleh Allah swt secara mudah dan santai. Penulis juga mengambil beberapa pendapat ulama muktabar tentang pandangan-pandangan mereka tentang surah al baqarah serta amalan-amalan yang boleh dilakukan dari ayat-ayat al quran surah ini.

Sekarang penulis sedang mengusahakan untuk penulis beberapa lagi konten surah seperti surah al lukman, surah al kahfi dan lain-lain lagi.
Surah Al-Baqarah adalah surah yang terpanjang dalam Al-Quran. Tahukah anda surah i i terkandung pelbagai rahsia,
kisah-kisah pengajran dan panduan syariat yang boleh dijadikan rujukan pada masa kini?

7 Keajaiban Surah Al-Baqarah menggunakan pendekatan yang berbeza dengan kitab-kitab tafsir yang muktabar.
Selain itu, elemen motivasi turut diselitkan dan dipersembahkan secara santai dan ringan.
Antara aspek menarik:
Kaitan istimewa sirah Al-Baqarah dan surah Al-Fatihah
Penciptaan Nabi Adam a.s. dan Nabi Isa a.s.
Nabi Ibrahim bukan tukang sihir
Asal usul Nabi Ibrahim
Kelebihan susu ibu
Kaabah daripada pandangan sains
"Buku ini menekankan tentang kefahaman Al-Quran khususnya surah Al-Baqarah,
dan kefahamanlah yang perlu kita fokuskan pada hari ini."
~Dr.Danial Bin Zainal Abidin

Penghargaan 
Prakata 
Kata Pengantar 
Pengenalan: Kenali Surah Al-Baqarah
Rahsia Surah Al-Baqarah
Rahsia 1: Ayatnya Panjang-Panjang
Rahsia 2: Cerita Lembu
Rahsia 3: Alim, Lam, dan Mim
Ganjaran Membaca Surah Al-Baqarah
Ganjaran 1: Tidak Dikuasai oleh Syaitan
Ganjaran 2: Dipakaikan Mahkota Syurga
Ganjaran 3: Elak Sihir
Ganjaran 4: Syafaat di Padang Mahsyar
Ganjaran 5: Malaikat Bersama Kita
Ganjaran 6: Diberi Cahaya
10 Fakta Intipati Surah Al-Baqarah
Fakta 1: Al-Quran Sebagai Petunjuk kepada Manusia
Fakta 2: Kekuasaan dan Keagungan Allah s.w.t.
Fakta 3: Pendedahan Sikap Golongan Munafik
Fakta 4: Teguran kepada Golongan Munafik
Fakta 5: Pendustaan dan Keangkuhan Ahli Kitab
Fakta 6: Arahan dan Larangan
Fakta 7: Kiblat Orang Islam
Fakta 8: Kelebihan Berjihad
Fakta 9: Sumber Inspirasi Mukmin
Fakta 10: Motivasi Mukmin
Keajaiban Surah Al-Baqarah
Kaitan Istimewa Surah Al-Baqarah dan Surah Al-Fatihah
Kaitan Istimewa Surah Al-Baqarah dan Surah Ali Imran

Keajaiban 1: Kisah Menjangkau Sejarah
Kisah 1: Terciptanya Nabi Adam a.s.
Nabi Adam a.s. Dicipta daripada Tanah
Nabi Adam a.s. Diberikan Ilmu
Nabi Adam a.s. Dimuliakan dengan Jawatan Khalifah
Hawa Cinta Sejati Nabi Adam a.s.
Dendam Kesumat Iblis
Nabi Adam a.s. dan Hawa Termakan Hasutan Iblis
Nabi Adam a.s. dan Hawa Diturunkan ke Bumi
Pengajaran Kisah Nabi Nabi Adam a.s.
Kisah 2: Nabi Musa a.s. dan Bani Israil
Nabi Musa a.s. dengan Firaun
Bani Israil Mendapat Pelbagai Nikmat
Bani Israil Suka Melanggar Perintah Allah s.w.t.
Kisah Penyembelihan Lembu Betina
Pengajaran daripada Kisah Nabi Musa a.s.
Kisah 3: Nabi Sulaiman a.s. Bukan Ahli Sihir
Nabi Sulaiman a.s. Menguasai Dunia
Nabi Sulaiman a.s. dan Kisah Harut Marut
Kelebihan Nabi sulaiman a.s.
Pengajaran daripada Kisah Nabi Sulaiman a.s.
Kisah 4: Nabi Ibrahim a.s. Membina Kaabah
Asal Usul Nabi Ibrahim a.s.
Kisah Pembinaan Kaabah
Allah s.w.t. Meninggikan Darjat Nabi Ibrahim a.s.
Pengajaran daripada Kisah Nabi Ibrahim a.s.
Kisah 5: Kemenangan Talut Menentang Jalut
Talut Dipilih Menjadi Raja
Kebijaksanaan Talut Memimpin Tenteranya
Pengajaran daripada Kisah Talut

Keajaiban 2: Allah s.w.t. Mengatasi Segalanya
Pengenalan
Surah Al-Baqarah dan Sifat-Sifat Allah s.w.t.
Sifat 1: Allah Maha Berkuasa
Sifat 2: Allah Maha Pencipta
Sifat 3: Allah Maha Agung
Al-Quran dan Kebenaran Hari Ini
Bukti Kekuasaan Allah s.w.t. dalam Surah Al-Baqarah
Bukti 1: Arak Membawa Kerosakan
Bukti 2: Makanan Haram Tidak Baik untuk Kesihatan
Bukti 3: Kelebihan Susu Ibu
Al-Quran dan Pandangan Sosial
Judi itu Haram
Menjaga Anak Yatim
Bermuamalat
Ayat Kursi Tanda Keagungan Allah s.w.t.
Ayat Kursi
Kebesaran Ayat Kursi
 Kelebihan Ayat Kursi
Menyingkap Keagungan Ayat Kursi
Kisah Penurunan Ayat Kursi
Surah Al-Baqarah Membangkitkan yang Mati
Tuhan Ibrahim yang Menghidup dan Mematikan
Nabi Ibrahim a.s. Menghidupkan yang Mati
Bijak dengan Mengingati Mati
Kisah Uzair
Keajaiban Surah Al-Baqarah
Surah Al-Baqarah dan Kiblat
Kisah Pertukaran Kiblat
Kaabah daripada Pandangan Sains
Kaedah Penentuan Arah Kiblat
Menjawab Tuduhan Orang Kafir

Keajaiban 3: Membangunkan manusia sejagat
Pengenalan
Al-Baqarah dan Tiga Golongan Manusia
Golongan 1: Mukmin yang Bertakwa
Golongan 2: Orang Kafir
 Golongan 3: Orang Munafik
Akhlak Mulia Asas Kejayaan
Balasan dan Ganjaran kepada Mukmin
Balasan Syurga Berita Gembira untuk Orang Mukmin

Keajaiban 4: Panduan Syariat MengaturKehidupan
Pengenalan
Rasul Pembawa Syariat
Keistimewaan dan Darjat Rasul
Islam Agama Sejahtera
Surah Al-Baqarah sebagai Panduan Beribadah
Ibadat 1: Solat
Ibadat 2: Zakat
Ibadat 3: Puasa
Ibadat 4: Haji Dan Umrah
Surah Al-Baqarah sebagai Panduan Bermuamalat
Muamalat 1: Hutang Piutang
Muamalat 2: Riba
Muamalat 3: Wasiat
Surah Al-Baqarah sebagai Panduan Jinayat
Jinayat 1: Hukuman Qisas
Jinayat 2: Hukuman Had Arak
Surah Al-Baqarah sebagai Panduan Munakahat
Munakahat 1: Melamar
Munakahat 2: Mahar
Munakahat 3: Talak Dan Rujuk
Munakahat 4: Iddah
Panduan Lain dalam Surah Al-Baqarah
Penyusuan Anak
Pemakanan
Kebersihan
Perhubungan Suami Isteri
Peperangan

Keajaiban 5: Keindahan Bahasa
Pengenalan
Perumpamaan dalam Surah Al-Baqarah
Munafik seperti Penyala Api
Nyamuk: Halusnya Bahasa Allah s.w.t.
Penciptaan Nyamuk
Bukti Kekuasaan Allah s.w.t.
Hati Seperti Batu
Hakikat Hati
Infak seperti Sebuah Kebun dan Sebiji Benih
Berkat Infak
Panduan Berinfak

Keajaiban 6: Petunjuk Agung
Pengenalan
Al-Quran Kitab Petunjuk
Keajaiban Surah Al-Baqarah
Siapakah Golongan Bertakwa?
Kitab yang Mulia
Hidayah untuk Semua
Mukjizat Al-Quran: Bukti daripada Surah Al-Baqarah
Bukti 1: Diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Bukti 2: Bahasa
Bukti 3: Sains
Bukti 4: Kejiwaan
Bukti 5: Perundangan
Bukti 6: Perkhabaran Perkara Ghaib
Kualiti Orang Bertakwa
Ciri 1: Menjadikan Allah s.w.t. Sebagai Pemelihara
Ciri 2: Melakukan Perintah Allah s.w.t.dan Menjauhi Segala Larangan-Nya
Ciri 3: Berusaha Menyuburkan Sifat-Sifat Mahmudah
Ciri 4: Suka Apa yang Allah s.w.t. Suka,Benci Apa yang Allah s.w.t. Benci
Ciri 5: Syukur
Ciri 6: Amalan yang Betul

Keajaiban 7: Jihad pada Jalan Allah s.w.t.
Pengenalan
Kewajipan Jihad dalam Surah Al-Baqarah
Permulaan Seruan Jihad
Motivasi Meningkat dengan Jihad
Ujian Berat dalam Menegakkan Kebenaran
Menafkahkan Harta adalah Jihad
Amaran Meninggalkan Jihad Infak
Kelebihan Menafkahkan Harta
Bonus 10: Khabar Gembira daripada Surah Al-Baqarah
Khabar Gembira 1: Yakini Perkara Ghaib Balasannya Petunjuk dan Kejayaan
Khabar Gembira 2: Takwa Ganjarannya Pahala
Khabar Gembira 3: Solat dan Zakat Dijanjikan Ketenangan
Khabar Gembira 4: Tawakal Ganjarannya Keselamatan
Khabar Gembira 5: Menghadap Kiblat Diberikan Keberanian
Khabar Gembira 6: Bantuan Allah s.w.t.Bersama-Sama Orang yang Sabar
Khabar Gembira 7: Syahid Itu Tidak Mati
Khabar Gembira 8: Allah s.w.t. Menerima Taubat Orang yang Bertaubat
Khabar Gembira 9: Tolong-Menolong Melapangkan Kesusahan
Khabar Gembira 10: Pahala Berlipat Ganda untuk Orang yang Bersedekah
Penutup: Iktibar dan Amalan
Pujian Orang Mukmin untuk Allah s.w.t.
Keajaiban Doa daripada Surah Al-Baqarah
Doa bagi Memohon Keampunan
Doa Supaya Tidak Bodoh dan Jahil
Doa Supaya Amalan Diterima
Doa Berserah Diri
Doa bagi Memohon Rezeki
Keajaiban Surah Al-Baqarah
Doa bagi Membersihkan Hati
Doa bagi Memohon Kebaikan Dunia dan Akhirat
Doa Apabila Bertemu Musuh
Doa Memuji Keagungan Allah s.w.t.
Biodata
Penulis
Bibliografi


No comments:

Post a Comment